Bagian Hidupku Terkini
Saat bintang2 bertaburkan intan
Dan sinar bulan menerangi malam
Di situ aku akan mencoba bertahan
Melewati semua dan menghadapinya
Dan sinar bulan menerangi malam
Di situ aku akan mencoba bertahan
Melewati semua dan menghadapinya
Dan bila semua sedih yang kau rasa
Semakin menyakitkan hati
Dan membuatmu tak bererti
Ku ingin kau tuk coba pahami
Dan coba resapi
Bahwa kini kau telah menjadi
Bagian hidupku terkini
Saat semua yang kau rasa tak lagi
Membawamu untuk tetap disini
Di dalam hatiku ku coba tuk sedari
Semua ini memang harus terjadi
Saat semua yang kau rasa tak lagi
Membawamu untuk tetap disini
Di situ aku akan mencoba bertahan
Melewati semua dan menghadapinya
~ Kumpulan indo band - Kelasik
Assalamualaikum...
Setiap perhubungan itu akan diuji. Setiap perpisahan itu ada hikmahnya. Akan ku tempuhi segalanya dengan kesabaran.
Hati kekasih mana tidak akan bersedih bila terpaksa berjauhan dengan pasangannya untuk sementara, buat 2 tahun lamanya atas tanggungjawab yang harus dia jalani. Namun, sedaya upaya akan ku cuba menahan rindu untuk agar tidak terleka atas tanggungjawabku yang lain. Ketika ketiadaannya, aku mengisi kekosongan hati dengan melakukan tugas membawa faedah.
Khuatir juga bila ku dengar, gadis memutuskan perhubungan dengan pasangannya yang sedang melakukan Perkhidmatan Negara. Kerana aku tidak mahu berfikiran begitu dan aku tidak ingin jadi gadis itu.
Aku faham akan keadaannya. Tanggungjawab yang menyempitkan waktu untukku bersamanya. Ku tahan rindu ini walaupun kadang kala, aku teringin sangat dia disisiku. Semalam, setelah 5 hari tak contact langsung dan hampir 2 minggu tidak bertemu, dia menghubungiku. Alangkah gembiranya bila ku dengar suaranya yang kucintai.
Irwan: Awak.. kite minta maaf sebab tak beritahu awak kite sakit on the first day kat hutan.
CT: Huh? Sakit ape?
Irwan: Sampai kena injection, cucuk tube untuk kasi kite nutrients. Sebab kite makan, terus muntah2..
CT: Kenapa tak bilang kite?
Irwan: Kite tak nak awak risau. Kite da call mak kite. Mak kite risau sangat sampai pening2 kepala, satu minyak botol abes. Imagine if I tell you on that day itself, kite rasa awak pun macam tuh..
Ibu mana tidak akan risau melihat keadaan anaknya begitu? Dan kekasih mana tidak akan rasa sedih bila mendengar berita itu? Terus.. pada saat itu aku gagal untuk menahan airmata dari terus mengalir. Aku terdiam, bungkam. Dimana aku rasa, aku berharap dapat berada disisinya pada waktu yang sulit itu tetapi keadaan menghalangi harapanku... Melihatnya dalam keadaan lemah membuat hatiku tidak tenteram.
Memang benar kata dia bahwa aku terlalu lemah untuk menangani any bad news. Pertama hari dia enlisted kat Tekong, aku menangis-nangis kerana dia lambat menjawab deringan telifon dariku dan juga kerana perkhidmatan dia kena extended. Bermakna, kami harus berjauhan lebih lama. Dan esokkan harinya, aku tidak selesa badan. Terasa pening kepala bila ku bangun lalu aku muntah2. Pada hari ketiga, bila aku start keje kat Watsons, aku hampir2 pengsan. Lalu ku tanya diri sendiri, dimanakah kekuatanku yang telah ku azamkan pada diri untuk terus bertegak berdiri bila ketiadaannya?
Iriani, teman baikku, berada disisi sewaktu Irwan menghubungi semalam. Aku terus menutup wajahku ketika menangis.. Namun, aku gagal juga..dia tahu.
Sehari sebelum pertama kali dia masuk NS, telah ku menyatakan .."Esok dan selanjutnya, perhubungan kite akan diuji.." dan aku harap kami dapat menanganinya dengan baik.
Aku akan dan dapat menghadapi semua ini. Selagi ada asa, selagi itu kasih akan tetap ada di lubuk hati ini..
Wassalam,
Rohani
No comments:
Post a Comment