Assalamualaikum...
Teman biasa
Kasihku padanya tdk prnh pudar
Dlm hati, dlm diam dia ada
Tmptnya dinamakan cinta
Walaupun kini ku sedar,
Dia hanya teman biasa..
Bukan titisan mutiara yang jadi saksi
Bukan jua senyuman yang melembutkan hati
Puisi indah itulah yang jadi memori
Kuakui semuanya telah sirna kini
Setiap kali ku buka mata,
Dia seakan-akan baru saja meninggalkanku..
Tak pernah diduga, apatah lagi dipinta
Dia ingin ambil semula perasaan itu dariku
Aku enggan, kerana rindu ini masih miliknya, miliknya..
Adakah tembok yang memisahkan kita?
Perbezaan antara aku dan dia
Yakin kita tidak akan bersama?
Apa yang ku tahu,
perpisahan ini bukan kehendakmu, bukan kehendakku…
Sememangnya aku mengharap sesuatu keajaiban akan berlaku
Antara aku dan dia dalam sesingkat waktu itu
Namun, dipenghujungnya hanya tinggal tanda tanya
Masihkah ada harapan antara kita bersama?
Silap kita menyatakan cinta
Kerana akhirnya kita hanya teman biasa
Mungkin itu telah dituliskan,
Mungkin itu telah dicatatkan,
Kita hanya teman biasa…
**Sekadar meluahkan isi hati.. Usah dihiraukan soal mengapa & siapa**
Wassalam,
Rohani
No comments:
Post a Comment