Thursday, December 30, 2004

~Puisiku~

~Waktu..aku menunggu jawapan darimu~

Biarlah ku melihat raut wajahmu
Merenungkan sorot matamu
Dan senyum tawanmu
Agar ku dapat menafsirkan dirimu
Tepatlah bicara hatiku
Hanya kau lah yang satu
Bermain di dalam mimpiku
dan igawanku..
Namun begitu,
Aku tatapkan bibirku
Dan berdiam diri
Kerana takut dilakui
bila kau pergi, meninggalkanku seorang diri
Ku kawalkan naluri
Dari luahan cintaku
Lalu,
Ku merasakan perit kesabaran
Walaupun hati terasa baran
Terbitlah cinta yang bercahaya
Bah kan terbitan matahari di ufuk pagi
Jelmanya perasaan gembira
Bila aku bertemu kau lagi
Tetapi..
Sampai bila aku harus berperasaan begini?
Menahan rasa cinta kian berseri
Aku hanya menunggu masa
supaya aku tidak menyesal nanti..
Waktu.. aku menunggu jawapan darimu..
Amacam? Okay tak? Hahahha.. nie bukan luahan hati aku tau. Ni hanya rekaan.. =)

No comments:

Post a Comment