Sunday, June 03, 2007

Bhumiband



Kategori:
Muzik
Tentang: Bhumiband

Pertamakali saya tahu mengenai kumpulan Bhumiband apabila mereka dicalonkan dalam kategori Artis Terbaru Kumpulan Singapura, APM 2005 lalu memenangi anugerah dalam percalonan itu. Secara jujur, saya rasa lagu 'Oh Kasih' yang dinyanyi secara siaran langsung pada malam itu tidak diminati saya kerana ia liriknya kurang jelas didengari.

Setelah setahun Bhumiband 'menghilang diri' secara senyap, saya fikir mungkin industri muzik melayu Singapura tidak dapat mengembang atau bertahan lama seperti band-band yang popular di rantauan. Namun, apabila saya mendengar lagu hits Goda lalui stesen radio Ria, saya begitu tertarik dan saya fikir ia dinyanyikan oleh kumpulan Indonesia.

Rupa-rupanya, saya tersilap. Bhumiband telah kembali dengan lagu dan album terbarunya yang telah menjadi hits di stesen radio. Selain itu, mereka telah mengembang sayapnya ke negara jiran, Malaysia untuk melancarkan dan mempromosikan album mereka yang lebih padat dan hebat dari album sebelumnya. Tambahan pula, lagu Goda dan Konspirasi Dunia dipilih untuk menjadi lagu tema dalam filem Remp-it yang baru sahaja ditayangkan dalam saluran Suria minggu lalu.

Maka itu, saya bangga kerana kini semakin ramai pelakon/penyanyi/pemain muzik dapat pergi jauh untuk terus maju. Selain mengembang industri muzik tanahair, industri -industri lain juga dapat membantu untuk sama-sama menatapkan lagi negara Singapura ini.

Lirik Goda

Ku tergoda bersama semuanya
Hatiku jiwaku telah pun bersatu
Mungkinku tak bisa sadarkan
Semua hampa dan benci yang ada
Dan ku tidak bisa sanggup lari dari ertinya

Korus:
Aku dambakan
Cinta yang kau beri
Meski aku insan biasa
Masih ingin aku berkata

Ku tergoda bersama pendosa
Hatiku jiwaku kesalku salahku
Mungkinku tak bisa sadarkan
Semua hampa dan benci yang ada
Dan ku tidak bisa sanggup lari dari ertinya

Kau hancurkan duniaku..


Myspace: http://www.myspace.com/bhumiband
Friendster: http://www.friendster.com/bhumiband3

Salam,
Siti Rohani

No comments:

Post a Comment