Friday, January 19, 2007

Dilahirkan & Melahirkan

Assalamualaikum…

Photobucket - Video and Image Hosting
For these past few days, I’ve been blog-hooping, searching and reading blogs of married couple/person. Haha! Tak ada keje. And most of the blogs I read are young married women. The youngest is 21…Alhamdulillah. Kalau ada jodoh, tak akan ke mana betul tak?

There’s a couple married after 6 years of relationship. And the other is secondary school sweetheart. Woah..not bad. Boleh dapat tahan lama sampai ke jinjing pelamin..syukur alhamdulillah to them. Bukan senang nak bertahan lama dalam sebuah perhubungan, lagi-lagi dengan pasangan. Memanglah first few months sweet2, tapi bila da lama kita dapat tahu baik dan buruknya. Ada aunty ni kat tempat keje aku dulu kata, “If you really want to know your partner really well, be with him for at least 2 years..That’s where you will find out his bad habits and if you can accept and adapt to it, then maybe he’s the one.” Haha.. chey wah, kata-kata perangsang sey! Tapi ada kebenarannya..

Setiap pasangan yang sudah berumahtangga pasti nak cahaya mata. Tanpa cahaya mata, terasa sebuah institusi keluarga itu tidak sempurna or imcomplete. Satu daripada blog yang ditulis oleh si suami, amat menyentuh hati wanita, apatah lagi isterinya. Saya tak ingat sangat every single word, but it sounds like this : “When the baby kicks, I can feel it. And I saw my wife smiled. Through her watery eyes, I can see that how happy she is, everytime the baby kicks her stomach.. I’m glad that I am going to be a dad..”

Aww.. macam nak ternangis juga bila saya terbaca blog itu. Kalaulah saya berada di situasi itu pada satu hari nanti, pasti bahagia! Haha.. berangan lah CT nih!

Bila saya tengok wanita mengandung, tak tentu pasal saya akan sentuh perut sendiri dan dalam hati, saya berkata “Bilalah aku punyer turn..” Haha! Macam cute tengok tengok wanita mengandung, dua hati bergedup dalam satu insan. Dan saya gemar tengok pakaian pregnancy dan baby.. alahai, itu lagi cute! Kekadang, saya terfikir nak beli ke tak nak..tapi nak buat ape? Heheh..

Ada gadis menyatakan mereka tak nak bersalin sebab takut dan sakit. Tapi bila usia sudah meningkat, pasti perasaan sakit itu dilupakan. Dilahirkan dan melahirkan adalah saat yang paling bahagia... Kan kan kan?
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Photobucket - Video and Image Hosting


Tarikh hari ni 19hb Jan 07. Da genap 2 bulan aku bersama Irwan. Gembiralah..siapa tak happy! Mulai hari ni hinggalah Khamis depan, kami tidak dapat berhubungan sempat dia kat hutan sekarang! Huhu.. sedihnya. Tapi tak mengapa, setiap perpisahan (yang sementara) pasti terbit kerinduan yang mengukuhkan perhubungan.

Dalam perhubungan, tidak semuanya perfect. Tapi dengan adanya kemaafan, insyaAllah yang tidak sempurna itu kelihatan indah. Semalam, aku terkejut bila Irwan kata,“Awak, can you do me a favour? Kalau kite marah, awak tolong sepak muka kite boleh?”. Ish! Merepek, ada ke main tampar anak orang. Sebenarnya, dia tak marah cuma bila dia tegas, kedengaran nada suara dia macam tengah marah. Kalau bila dalam situasi itu, aku memilih untuk berdiam diri. Sebab takut kalau aku ckp nanti salah dialog pulak! Haha.. Tak berapa minit kemudian, keadaan akan reda. Tak semua situasi buruk akan berpanjangan, terpulang lah pada seseorang itu untuk bijak menanganinya.

Yang paling aku bersyukur selama dua bulan bersamanya adalah dapat mengenali keluarganya, termasuklah some of his cousins. Inilah pertama kali aku dikenalkan pada keluarga kekasih. Dulu, semuanya secreative nyer type, tak nak parents tahu. Mungkin kerana umur dia yang dah ‘tua’ tu, dia sudah bersedia untuk membawaku bertemu dengan keluarganya. Sebenarnye, sebelum kite offically together, dia da bawak aku pun.. hahaha! Yang aku khuatir bila ayah Irwan kata kat dia, “Satu hari nanti, ayah nak tengok Rohani masak kat rumah kite..” Alamak! Ni yang stress nyer…!!

Yang kite kena improve, balik awal tau!!!!

Okay lah, tak nak go on further..nanti dikatakan shiok sendiri pulak!
Hahahaha..

Wassalam,
Rohani
"Cinta antara manusia tidak perlu pujian, tapi atas keikhlasan kau menyatakannya..."
- Rohani

No comments:

Post a Comment