Tidak pernah menagih meminta nama
Lahir kerana keikhlasan dan ketulusan
Mencipta, menulis, bersyair si pujangga
Yang tersirat & tersurat biarlah rahsia
Melayani hati bermonolog kesendirian
Bukan keluhan tapi kepasrahan…
Menulis apa yang terpendam
Untuk melapangkan dada
dari sesakkan dunia...
Bait-bait kata terpapar di atas kertas
Episod berjilid cerita tiada batas
Bukankah aku si pejuang bahasa
Terus berkarya selagi jasad masih ada….
Siti Rohani bte Rasid
28 Oct 2006
No comments:
Post a Comment