Wednesday, October 11, 2006

Kerana sehelai kain di atas kepala....


Disebabkan sehelai kain di atas kepala, orang sudah memberi tanggapan yang bertubi-tubi.
Disebabkan sehelai kain di atas kepala, orang memberi sekatan untuk kita memilih.
Hanya disebabkan sehelai kain di atas kepala, orang memberi pandangan yang tidak masuk akal.
Adakah sehelai kain di atas kepala boleh menukar kehidupan seorang wanita?
Adakah ini adil untuk seseorang berperangai seperti manusia biasa?
Haruskah seorang wanit yang memakai tudung berubah seperti malaikat?
Haruskah masyarakat memberi padangan yang mereka ini alim dan tidak pernah buat dosa?
Jika mereka buat dosa, seolah-olah kelakuan mereka jejik dan dikutuk tidak seperti yang lain berkelakuan demikian?

Nah, di mana keadilan seorang manusia?
Di mana keadilan dan kebenaran seorang Muslimah?
Di mana tempatnya seorang Muslimah dihadapan masyarakat?
Adakah benar manusia menutupkan jalan untuk Muslimah maju?
Ini bukan bermakna yang aku ini seorang manusia yang alim tetapi aku keliru dengan padangan masyarakat.
Apakah dosa jika kami, muslimah, mempakai tudung?
Aku akui yang aku ini bukan hamba Allah yang sungguh alim tetapi sesuatu yang buat aku terfikir demikian.

Alangkah kelakarnya, jika... Ramai orang 'Westerns' mahu menukar agama pada Islam salangkan ramai orang 'Asia' mahu menukar agama mereka pada Christian. Bukan aku mahu mengutuk, tetapi kelakar. (this is more to ironic).

Dicetak dari Ezzah

No comments:

Post a Comment