Assalamualaikum...
Tk jadi tolong hari nie sebab aku bangun lewat! Ish..teruknyer anak dara ni, bangun tengah hari plak tuh..
Aku nak kongsi video kucing2 nih..buat aku ketawa terbahak-bahak..cute lah. Teringat plak Abang. Lama lagik Abang akan datang ke rumah aku, bulan November..aisyeh. Sabar je lah.
Aku tgk video and gambar2 CT Nurhaliza time dia nyanyi untuk suaminyer di lelaman siber. Hmm..ada juga yang kutuk2 dia, sampai lable dia perampas suami orang. Aku no comment. Da jodoh, du'akan lah.
Tapi, bila aku perhatikan kata2 CT tuk suaminyer, senikata lagu Cahaya Cinta dan sebagainyer, aku tahu dia tidak pernah dilanda perasaan seindah begini. Mungkin pertama kali baginya, rasa ini wujud tanpa diundang. Cinta tak kira usia dan yang aku tahu CT memilih Dtk.K bukan kerana hartanya. Mungkin getaran jiwa antara dua insan.
Pada CT, romantik biler suaminyer beri dia strawberry dipped chocolate. Memang pada pandangan aku, itu pekara temeh-remeh. Tapi, bila difikirkan balik, ini adalah yang terindah buat dia kerana mungkin dia tidak sangka ada orang ingat favourite dia. Ini yang membuat dia tertarik.
Dan bila kawan aku, si Dzel kata, "Kalau ada ppm ajak aku gi masjid, mcm romantik gituk!" Aku pun terkilan, ape hal romantik nyer. "Sebab tak de ppm pun buat begitu pada aku..." sambungnya lagi. Baru aku paham.
Sesuatu yang mampu menyentuh hati seseorang bukan pada lidahnya mahupun pada paras rupa ataupun harta. Romantik adalah sesuatu yang dilakukan untuk seseorang tersayang dengan keikhlasan hati.
Mungkin ada seseorang yang baik hati, yang dapat memenuhi ciri-ciri idaman yang kita mahu. Tapi pelik, mengapa cinta itu tidak pernah hadir? Ia kerana, Allah mahu hambaNya BELAJAR mencintai orang yang 'kurang sempurna'.
Aku ni bukanlah fasih sangat. Cuma merefleksikan diri. So, ada yang terguris hati, mintak maaf ye..puasa pun nak dekat. Lol.
Wassalam,
Rohani
No comments:
Post a Comment