Assalamualaikum..
Aku bertemankan mimpi. Mengharap mimpi itu menjadi realiti. Namun, harapan itu ada salah satunya aku takuti. Bila aku lelah, “Entahlah, apa nak jadi..jadilah..Kalau tak berlaku, tak apalah.. kite tak mahu beri harapan pada diri sendiri lagi…” Tetapi hatiku ingin sekali ia terjadi cuma takut pada hamparan hebat.
Mungkin aku mencipta angan-angan tersendiri. Yang terkelompok dalam fikiranku, membuat aku tersenyum keseorangan. Telah aku leraikan apa yang pernahku peluk erat tetapi… aku selalu tertanya, mengapa ia sering bertandang sedangkan aku cuba menghindarinya dengan sedaya upaya…
Hatiku terbelah bagi. Terasa tidak layak bagiku mengharap kasih pada seorang bergelar teruna. Biarlah aku memberi yang terbaik dengan seikhlas hati dan aku tidak mengharap balasan yang sama. Barangkali masa lalu telah membentuk fikiranku begini…Harapan bertukar menjadi hancuran. Pedih.. amat pedih…
Kini, lebih baik aku mengelak gejolak perasaan ini daripada mengambil risiko hati, biarpun ia datang tanpa diundang.. Kerana aku tidak mahu bermimpi berharap..
" Terasa jauh tuk ku mengapai kasih tak tersentuh, malah terluluh. Tercalar seribu impian yang terbina, tak berani mencantumkan mutiara yang berkecaian. Puisi menjadi saksi lambang cinta tk menepi..Melayangkan kata-kata bagaikan hembusan bayu. Meski jiwa diretak berkali-kali, tk pernah ku menyalahi kudrat Ilahi. Terdiam hatimu menyimpan rahsia, dgn sobar aku menunggu. Meskipun kau bukan lagi harapanku, aku tetap mendoakan kebahagiaan untukmu.."
Yang benar,
Rohani
No comments:
Post a Comment