Kasihmu sesejuk embun
Mendinginkan hatiku
Tiada menepi, tiada terbagi
Kau curahkan cinta kudus
Seharum semerbak mewangi..
Tetap tersenyum
Walaupun dugaan melanda
Sehebat ribut
Kau tetap bersabar
Bagaimanakah harusku cari pengganti
Sedangkan kau lah penglipur lara
Setiap titik keringatmu
Umpama mutiara
Sungguh bernilai
Tak dapat dijual beli
Dengan tanganmu, selembut sutera
Kau menghiasi baitun bak taman syurga
Ibarat lilin
Kau korbankan dirimu
Mencahayakan jalanku, membimbing diriku
Senantiasa disampingku, menemaniku
Dalam perjuangan yang jitu
Tiada cinta yang sejati
Kecuali kasih sayang yang telah kau curahkan
Kaulah bondaku..
Siti Rohani bte Rasid
18.07.06
*baitun (bahasa arab) iaitu rumah
No comments:
Post a Comment