Thursday, May 18, 2006

Setiap orang diberi pilihan

Assalamualaikum...

Aku rasa sedih sangat bila lihat budak-budak yang baru berumur 10-15 tahun sudah terjerumus dalam gejala sosial. Kasihan mereka, di mana masa depan mereka?

Aku menulis bukan kerana mahu menentang mereka mahupun menyebelahi mereka. Aku menulis sekadar meluahkan pendapat.

Semenjak ini, ramai golongan remaja berkumpul di pondok bersebelahan flatku. Mereka buat bising, ketawa kuat-kuat, menghisap rokok, da kecil2 dah pandai berpeluk-peluk dengan teman wanita mereka. Sudah dua kali mereka tendang bola, hampir-hampir nak pecah tingkap rumahku.'


Lantas, kemarahan ibuku menggunung lalu memarahi mereka dari tingkap. Hari ini, kasut ibuku diletakkan di tepi tingga. Ibuku mensyaki budak-budak di bawah blok yang melakukan demikian. Lalu dia memarahi mereka dari balcony. Satu daripada budak itu ejek ibuku. Kemudian, bila akak aku nak keluar, nampak ada beberapa batang fresh cigarattes sticks kat luar pintu. Lantas, akak aku jerit kuat-kuat memarahi mereka. Kelmarin, dia ada telifon polis. Polis datang ambil particulars je..


Bila aku baru pulang dari sekolah, ibu beritahu aku apa yang telah terjadi. Dan budak-budak sedang tendang bola berdekatan dengan flat kite jugak. Tiba-tiba hati aku rasa mahu membuat satu tindakkan yang wajar. Ibu dan akakku tak percaya aku akan turun bawah, berdepan dengan mereka.

Bila aku turun bawah, aku panggil budak yang ejek ibuku. Bila aku sampai je, geng2 mereka semua berkumpul, lebih kurang 15 anggota.

CT: Saya nak tanya, mak saya kata awak ejek mak saya. Betol?
Budak: Tak de la, mane ade.
CT: Benar?
Geng: Kau, ckp tul2 kat dia la..
Budak: Btol, saya tak ckp ape2 (raut wajah kelihatan cemas)
CT: Kalau iyer pun awak ejek mak saya, ckp je la. Saya tak akan marah, saya nak awak berckp benar je.
Budak: (menggeleng kepalanya)
CT: Baik. Tadi akak saya nampak fresh cigarattes butt kat luar pintu saya. Awak semua ke yang buat?
Budak: Tak de la, bukan saya.
Geng: Btol, kite semua tak buat.
CT: Ckp betul2. Kalau awak semua marahkan keluarga saya, beritahu saya. Janganlah ada busuk hati...
Budak: Kite isap rokok tapi tak isap kat luar pintu.
CT: Ok. Kalau awak semua marah pada keluarga saya, biarlah kita berkompromasi. Selesaikan secara damai. Dan saya mintak satu pekara saje dari awak semua. Jangan main bola dekat dengan flat saya..dan jangan buat bising sangat. Ganggu semua orang kat sini.
Geng: Kite kan orang Islam..
(Semua ketawa, termasuk aku)
CT: Iyer, kite mmg orang Islam. Sebab itu, saya mintak awak berdamai dengan saya. Dan saya nak mintak maaf terlebih dahulu. Ok?
Geng: Okay, terima kasih kak.
CT: Sama-sama.

Aku rasa lega setelah menasihati mereka. Selepas aku balik rumah je, mereka sedang isap rokok. Stess kot sebab aku tegur mereka. Hahaha. Alhamdulillah, bising nyer tak lah kuat sangat. Boleh tahan..

Pada pendapatku, aku rasa setiap manusia harus diberi pilihan. Terutamakali, anak-anak kecil yang selalu mahu ikutkan kehendak mereka. Misalnya, mereka yang beli sesuatu tapi hati kite terasa berat untuk memakbulkan permintaan mereka. Saya pasti, segelintir ibubapa akan kata, "No means NO!" Tetapi tak diterangkan kenapa. Di fikiran mereka, "Kenapa tak boleh? Ape aku nak, asyik2 tak dapat! Tak adil!"

Sepatutnya, kite terangkan kenapa kite tegaskan begitu. Kedua, berilah mereka pilihan, "Kalau nak beli, tak de duit skola. Kalau tak beli, ada duit skola. Mana satu kamu nak?" Ini membuat mereka berfikir. Dan beri raung untuk mereka berfikir, usahlah dipaksa. Mereka tidak bodoh, mereka pun ada akal dan fikiran untuk menilai mana satu akan lebih bermanfaat.

Ada satu hadith yang pernah saya terbaca, tentang, ibu bapak akan jadi pendidik anak sehingga 3 tahun, kemudian mereka akan jadi kawan. Aku percaya, jika semenjak dia baru lahir, kita didik dengan betul. Selepas itu, kite jadi teman mereka, tapi adalah limitnyer. Sebab itulah, ramai remaja lebih selesa meluahkan masalah lebih kepada rakan-rakan daripada orang tua sendiri.

Kita sepatutnya tanya dan dengar jawapan dari kanak-kanak sebelum membuat tindakan tergesa-gesa. Harus kawal emosi kerana bila kita tengking, makin biadab mereka. Jika mereka bohong, kita suruh mereka ckp yang benar dan bila sudah tahu kebenaran janganlah dimarahinya. Tetapi, suruh mereka reflek kesalahan mereka.

Inilah adalah sekadar pendapat dan luahan hatiku...harap pembaca tidak terguris.

Wassalam,
Rohani

1 comment:

  1. assalamualaikun,pertama sekali saya ucapkan tahniah dan saya cukup bangga kerna saudari cukup brani berhadapan dgn bebudak tu,ye la biasanya xsemua gadis remaja seperti saudari yg brani tegur bebudak seperti tu.....saya faham akan prasaan yg saudari rasa kerna saya juga biasa berhadapan dgn situasi yg sama,satu soalan yg sering bermain di fikiran saya iaitu kenapa??,kenapa kanak2 yg mash begitu muda,yg baru mula mengenal dunia bleh terjerumus ke dlm lembah sosial yg teruk..kenapa??.....akhirnya saya faham kenapa,dari mana puncanya,dan dari situlah saya mula mmbuat kajian bagaimana hendak memujuk mereka kembali ke jalan yg benar.....saya sekarang kerap memberi motifasi kepada kanak2 dan para remaja di sekolah2 bagaimana menghindarkan diri dari gejala sosial yg teruk ini......bagaimanapun saya bangga dgn luahan saudari ini....

    wassalam...

    ReplyDelete