Friday, April 14, 2006

Mulakan hari dengan senyuman

Assalamualaikum..

Image hosting by Photobucket
Tgk lah kambing ni..da dekat korban, masih sempat tersenyum lebar.. Alhamdulillah..hehehe

Ada orang menasihatkan untuk nampak awet muda, mulakan hari dengan senyuman, walaupun dengan diri sendiri.Bahkan ada juga pengkaji dan pengamal perubatan Barat percaya, memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja boleh menceriakan hidup, tetapi memberi banyak manfaat kepada kesihatan.

Secara fisiologinya, senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan meregangkan otot di hujung mulut dan sekeliling mata. Kajian menunjukkan senyuman adalah gerak balas ransangan tertentu yang biasanya menggambarkan kegembiraan.

Sebenarnya senyuman bukan hanya reaksi muka tetapi ia ada kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi lalu menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Ketawa juga secara tidak langsung melancarkan aliran darah, meningkatkan daya ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit, berasa kurang sakit dan paras hormone epinefrin, kortisol dan dopamine yang ada kaitan dengan tekanan akan berkurangan.

Banyak kajian membuktikan tekanan emosi sama ada kemurungan, kemarahan atau keresahan ada kaitan dengan sakit jantung.

Kajian dijalankan Pusat Perubatan Universiti Maryland mendapati ketawa apabila berdepan tekanan dapat mengurangkan kesan kerosakan atau tekanan emosi.

Secara umumnya senyuman dan ketawa boleh membawa kebaikan diantaranya:
* Mengurangkan tekanan

* Merendahkan tekanan darah
* Meningkatkan mood
* Memperbaiki sistem pertahanan badan
* Meningkatkat fungsi otak
* Melindungi jantung
* Memperbaiki hubungan sosial
* Menjadikan anda berasa lega serta merta
** Sumber daripada Kelab Rakan Sekerja Tingkat 27 htp


* NOTA KAKI
Sungguh besar peranan SENYUMAN dalam hidup insan. SENYUM adalah sedekah yang paling murah dan mudah dilakukukan namun ganjaran nya *teramat* lumayan di sisi ALLAH SWT. Ayuh teman kita kurangkan gula dalam minuman lebihkan manis dalam SENYUMAN =)

No comments:

Post a Comment