"tee..sebenarnya, aku tengok kau macam kuat, tapi aku silap...kau begitu juga lemah"
Yeah, what my friend said is right. Dari luaran saja macam okay, tapi batinnya tiada siapa tahu. Dilanda kemurungankah aku?
Semalam aku teman kawanku, Husniyah ke Bugis. Katanya nak beli Birthday party equipments. Aku tak banyak cakap seperti selalu. Aku yang suka bercerita yang lucu dan complaint..tetapi aku seperti tidak ada mood nak bebual tentang itu semua lagi. Aku fikir perubahan aku tidak akan ketara di pandangan kawanku. Namun, salah tanggapanku. Dia tanya, "Rohani..are you ok?" Aku angguk. Lalu dia tanya lagi, "Sure tak?" Aku angguk sekali lagi, "Yah..nothing."
Aku temankannya pun kerana aku rimas duduk kat rumah, asyik termenung teringatkan kenangan manis yang sudah lama mati. Tika kita sedang berjalan di Bugis, teman lelakinya telifon mahu berjumpa dengannya. Aku undur diri dulu.
Aku pergi ke Yew Tee, shopping sorang-sorang. Baru aku rasa ketenangan. Tenangkah aku? Bukan, maksudku, kepuasan hati yang hanya seketika. Aku pulang membawa baju dan seluar yang ku beli tadi.
Sebelum itu, aku pergi ke NTUC. Bila tengah cari keperluan yang aku mahu beli, ada mat ni, berpakaian uniform sapa aku. Aku tak kenal siapa dia.
"Kak, ada $2 tak?"
"Nak buat apa?"
"Nak makan la..tak ada duit." sambil gosok perutnya.
Aku check begduit aku. Malangnya hanya duit besar saja. Itu pun nak bayar keperluan nanti.
"Maafkan saya, saya tak ada duit kecil".
"Tak pe la kak, terima kasih"
Aku kasihan juga tengok budak tu. Kalaulah aku tidak guna duit beli pakaian tadi kan lebih baik kasi kat dia. Walaupun cara pakaiannya macam mat2. Tak patutkan aku menilai seseorang dari luar pandangan...
Hari ini pula, aku pergi RP sendirian. Nasib mak kejut aku siang-siang sebab mati-mati aku ingat hari ini Khamis. Sampai di sana, aku terjumpa perempuan ni lagi. Sudah tiga kali aku bersua muka dengannya. A la hai..malunya. Sebab dia lah yang ketawa kat aku kerana aku ini blur bangat.
Selepas selesai lunaskan semua pekara di RP, aku telifon sahabatku, Iriani tanya tentang nak beli laptop. Dia tanya kenapa aku sorang je, tak ajak dia. Aku jawab, "Kite takut kite menyusahkan orang.." Benarkah aku ini membebankan?
Kemudian, aku ke perpustakaan, baca buku. Selepas itu, aku shopping lagi. Kali ini, beli baju..baju kimono ala jepun warna putih. Aku pun sempat berkenalan dengan pemilik kedai itu, mintak nombo sekali kerana aku minat dengan reka pakaiannya. *Mmg tak da keje aku*
Aku gi Lot One, beli makanan utk keluarga di rumah..
No comments:
Post a Comment