Tuesday, February 07, 2006

Soalan....

1. Anda dalam perhubungan sekarang?
Tidak


2. Anda ingin menjalinkan perhubungan?
Entah..tidak pasti..mungkin belum lagi kot..


3. Apakah ciri-ciri lelaki/wanita idaman anda?
Beragama, tapi I didnt expect him untuk jadi guru agama.
Confident, percaya pada diri sendiri. Bila dia percaya pada diri sediri, maka saya percaya pada dia.
Pandai berbual, tidak seharusnya serius 24jam.
Pandai berlawak, kalau boleh sampai pecah perut! Khakhaka..
Personaliti tersendiri, bukan ikut-ikutan
Bukan romantis, walaupun saya akan cair..tapi ini tidak membuktikan cinta :P
Berpakaian sopan- suka tengok lelaki berpakaian yang berbutang, simple dan kemas
Tinggi dan gempal
Mempunyai kegemaran yang sama
Suka kanak-kanak


4. Jika anda keluar dengan teman istimewa, ke mana anda mahu pergi?
Pantai- pandangan menarik!
Esplanade atau 'sungai' yang berdekatan dengan Masjid Maulana.
No romantik dinner please dan saya tidak suka ke town..
Pergi ke Zoo..tengok binatang2 kat sana..kan besh..
Bawa saya ke rumah kebajikkan, tolong orang di sana.. hehe.. date ke ni?
Shopping ke Toy'u'rus ke..Kiddy Palace ke.. a lah..tempat jual permainan untuk kanak2..saya suka tu!
5. Apa yang anda akan lakukan jika pasangan anda dilanda masalah?
Berdiam diri- berikan dia masa untuk berfikir
Kemudian, baru jadi pendengar
Akhirnya, beri pendapat atau saranan


6. Apa yang akan membuat anda tertawan?
Pabila dia membuat saya seloroh


7. Apakah ciri-ciri yang anda inginkan dalam sebuah perhubungan?
Kepercayaan. Jurang kommunikasi yang baik. Memberi sedikit kebebasan, tidak terasa dikongkong. Jujur. Menegur saya jika saya melakukan kesilapan. Bersifat terbuka. Tidak terlalu serious bila berbual.


Terima kasih.

No comments:

Post a Comment