Friday, January 27, 2006

Panduan nukilan - Siti Rohani

Assalamualaikum..

Frequently, most of the readers of my blog Hasil Ciptaanku asked me, "Puisi awak mendalam sey..bahasa power2, ape rahsia nyer?" Muahahha..

Honestly, I myself think that my bahasa is not as power as the sasterawan terkenal..chey. Di sini adalah panduan untuk menghasilkan puisi yang mungkin tak sehebat mana:

- Tidak semestinya pelajar sasterawan atau pembaca buku puisi akan menghasilkan nukilan yang hebat. Sebab ada perkataan dalam buku sasterawan sukar untuk difahami jika tidak berguru dan amat mengelirukan. Saya pernah baca buku sasterawan...kompuse babe! Tak paham langsung dan membosankan jika tidak menghayatinya. Jadi, apakah rahsianya? Hehehe...

-Baca lirik lagu melayu. Pada saya, saya tidak meminati sangat dengan lagu melayu..tetapi lagu indonesia seperti Peterpan. Jika anda membaca liriknya, sungguh mendalam sekali. Selain itu, saya juga gemar membaca lirik dari Melly Goeslow, seorang pelirik dan penyanyi yang terkenal dengan bahasa indonesianya yang unik. Lalu, anda cuba mencetaknya sebahagian frasa daripada lirik dan tukarkan sedikit supaya ia tidak nampak seperti 'copycat'.

-Gunakan metofera agar puisi itu nampak 'umph'. Ramai orang tidak tahu apa itu 'metofera'. Metofera adalah frasa-frasa perbuatan/perasaan dihubungkan dengan alam semesta atau ayat-ayat yang sebenarnya tidak ada kaitannya. Keliru? Hehe..saya sendiri tidak tahu macam mana mahu menerangkannya. Ok, begini..contohnya:
Kaitkan dengan alam=" Ku letakkan perasaan ini ke dasar laut dan membiarkan ombak menghanyutkannya."
Ertinya: Perasaan tidak tentu arah. Get it?
Gunakan ayat metofera= "Terasa kenangan semakin membunuhku"
Ertinya: Masa lalu yang terasa pahit bila dikenang. Sebenarnya, kenangan itu tidak membunuhnya atau mencederakan secara fizikal, tapi secara emosional. Sekarang anda faham?

-Membaca bahan bacaan. Tidak boleh saya nafikan, pekara ini tidak dapat dilepaskan. Setiap orang yang mahu fasih dalam Bahasa Melayu selalunya seseorang yang gemar membaca. Tidak kiralah buku cerita, majalah mahupun suratkhabar. Ini kerana ia akan membantu kita memperluaskan idea dan meningkatkan mutu bahasa. Jika anda tidak faham sesuatu perkataan itu, rajinkan lah mencari maknanya di kamus. Jangan tanya orang, sebab ia tidak akan membantu anda. Nak sangat buat nukilan sendiri, sifat kerajinan mesti dipupuk. Pada pendirian saya, saya lebih gemar membaca biographi, rekaan ataupun benar. Ini kerana tulisan yang menggunakan 'aku' sebagai watak pertama membuat pembaca betul-betul berada dalam keadaan si penulis. Jika menggunakan 'dia', pada pendapat saya, kurang berkesan. Bak pepatah, "melihat tidak sama dengan menanggungnya". Seperti penggunaan 'dia', pembaca merasa tetapi tidak menanggungnya.

-Pengalaman tersendiri. Jika ada pengalaman sendiri, lagi bagus. Kerana nukilan itu hasil tersendiri dan saya pasti, penggunaan bahasanya akan lebih mendalam daripada yang tidak mengalaminya.

-Yang tidak berpengalaman, cuba letakkan diri dalam kehidupan orang lain atau satu situasi. Cuba dengar rintihan mereka dan menghayatinya. Segala yang diluahkan itu amat bermakna. Cuba pindahkan diri ke situasi itu. Apa perasaan anda? Apa yang sedang berlaku? Apa yang anda mahu lorekkan? Tapi, awas! Jangan keterlalukan..nanti tak sedar diri pulak..khekhe..

-Tulislah sesuatu dengan ikhlas. Jangan terlalu tergopoh-gopoh untuk menghasilkan nukilan yang terpuji. Ini memerlukan masa. Masa untuk meningkatkan diri dan untuk menciptakan nukilan yang lebih baik. Belajar dari kesilapan dan pengalaman. InsyaAllah akan berjaya. Niat menulis bukan untuk 'show-off' atau keterpaksaan, ikhlas itu penting dan harus disematkan.


-Jika kosa kata anda terhad dan tidak tahu bagaimana hendak mengikut irama/rentak puisi yang selalunya di akhir ayat harus serasi. Maka itu, anda harus mengambil langkah demi langkah secara perlahan. Anda buat lakaran dahulu atau dikatakan 'planning'. Pindahkanlah perkataan serasi yang melayang di minda anda di kertas atau komputer.
Contoh:
Lagi, pagi, rugi, nanti, sini, begini.
Akhirnya, anda akan dapat idea untuk menulis secukup-cukupnya serangkap puisi dan tidak payah untuk anda menggunakan kosa-kata yang power-power.
Contoh:
Tetap aku disini
Menunggu jelangnya pagi
Yang telah lama ku menanti
Akhirnya, aku yang terasa rugi.
Faham?

-Aturkan puisi itu dengan kemas supaya mudah dibaca dan janganlah sebaris ayat dipanjang-panjangkan kerana ia amat membosankan.
Seperti berikut:
Dia yang pernah kupuja
Kini, meninggalkan ku seorang diri dan membiarkan cerita itu lalu begitu saja.
Baris kedua itu panjang. Maka alihkan 'dan membiarkan cerita itu lalu begitu saja' ke baris ketiga supaya ia nampak lebih kemas.

-Dan yang terakhir sekali, ini rahsia terakhir saya. Jika saya ada masa lapang, saya suka membelit-belit kamus, mencari kosa kata baru dan maknanya..heheheh.. Ini tidak penting sangat. Cuma, inilah cara saya belajar dan mempertingkatkan diri.

Mudah-mudahkan panduan saya ini dapat membantu anda. Okiess!!

Wassalam,
Rohani

No comments:

Post a Comment