Monday, January 09, 2006

Hanya tinggal kenangan...

Assalamualaikum..

Ku genggam sesuatu yang bukan milikku. Ku damba sesuatu yang bukan untukku. Ku tangisi sesuatu yang telah berlalu. Ku menantikan sesuatu yang ku sendiri ragu. Dosakah aku mencintainya? Salahkah aku merinduinya? Kini, aku tertanya pada diri sendiri.

Goyahkah aku kerana terlalu percaya dengan kata-kata yang dilafazkan dari celah-celah gigi jejaka? Lemahkah aku kerana tak bisa menerima hakikat sebenar? Pada zahirnya, ku cuba meneruskan kehidupanku dengan sebahagia ku mampu, dengan tabah. Dalam diam, aku masih tersempit dalam kenangan lalu. Walau perit, aku tetap menelannya bulat-bulat. Aku meneruskan perjalananku di bumi yang nyata ini sambil mengheret luka dahulu. Setiap kali aku melangkah sekaki, setiap kali lah air mata berliangan jatuh ke bumi. Sering ku berkhayal jauh, teringat pada saat-saat indah. Inginku mengapainya tetapi terlalu jauh. Memang benar kata Imam Safi'e, masa lalu itu lah yang paling jauh. Bukan jarak negara Cina, bukan jarak langit dan bukan jarak bulan dan bumi. Setelahku tahu ia terlalu jauh, masihku tetap ingin kenangan itu kembali. Ku ingin menikmatinya puas-puas sehingga tidak ada apa-apa yang akan kusesali. Sememangnya, aku mencipta angan-angan tersendiri. Mustahil aku dapat kecapi.

Ku pejamkan mata, melarikan diri dari relati dunia. Bilang aku, siapa yang tak suka berfantasi?
Ingin semuanya sempurna. Bila terbukanya mata kita, terasa hampa tak terkira. Adilkah dunia ini? Murahkah dunia ini? Hanya Tuhan saja yang Maha Mengetahui.

Ku baca balik madah-madahku. Pandai juga aku berkata-kata, kononnya sekadar menasihati, kononnya aku fasih benar tentang erti cinta. Sebenar, aku gagal. Aku sendiri terasa bila menulisnya. Bak pepatah, "siapa makan cili, dia terasa pedas". Walau betapa hebatnya nukilan tulisanku dan susunan kataku, ia tidak dapat memuaskan keinginanku tuk menyampaikan hasrat tersembunyi dikalbu. Walau nukilanku tak sebaik mana, aku tetap bersyukur atas kurniaanNya..telah memberiku ilham untuk menulis yang terindah ku daya. Mungkin kerana aku gemar berillusi dan hanyut dalam duniaku tersendiri, senang saja aku mengambil pena lalu kualihan kata-kata yang terlayang di minda ke atas kertas. Tanpaku sedari, apa ku reka sememangnya adalah realiti. Nukilanku adalah temanku.

Pada satu ketika, hatiku tiba-tiba tertarik oleh madah yang direka olehnya (tak perlu sebut siapa). Lalu ku meminta izinnya untuk dicetak dan meletaknya di blog aku sendiri. Tak ku sangka, dari saat itulah, kami berkenal-kenalan. Bukan sebentar, bukan sekejap kami berkenalan. Tetapi, berjam-jam, hari ke hari dan pejam celik pejam celik, da pun masuk sebulan lebih. Setiap malam, aku selalu nanti-nantikan deringan telifon menjerit namaku keranaku tahu dia lah di sebelah corong telifon itu.

Dan akhirnya, dengan izinNya, kita dapat bertentang mata. Sebenarnya, aku kurang suka orang sepertinya. Sudah dia maklum. Namun, tanggapanku berubah apabila kita berbual. Sifatnya yang suka berjenaka, mengusik dan membuat diriku tersenyum gembira, menarik perhatianku.
Aku tertanya dalam hati, "Adakah dia penawar hati yang sedang terluka ini?"

Yang paling lucu pada hari itu ialah apabila dia menghatarku pulang. Kami ternampak ibuku di tingkap dapur, lalu kami terus sembunyi di tengah-tengah 'parking cars'. Itulah yang buatku ketawa hingga sekarang bilaku kenangkannya.

Semakin akrab persahabatan kita saban hari. Aku suka mendengar lunak suaranya, terutamakali bila aku menyuruhnya membaca blogku. Itu tidak dapat kulupakan. Aku dapat tafsirkan setiap keluahannya yang berahsia. Tetapi, ku diamkan diri senjaga buat tak tahu. Kali kedua kita bertemu di Macdonald's, dia tanya, "Awak anggap kite sebagai ape?" Ku jawab 'Teman' kerana itulah gelaran yang ku beri untukknya. "Teman macam mane? Teman biasa ke...teman istimewa ke..." lalu dia ketawa. Aku tidak menjawabnya. Biarkan persoalan itu tergantung.

Selepas selesai makan, aku ikutnya ke sekolah. Ketika sedang menunggu bas, dia merenung mataku dan tanya, "Awak percaya..kalau..kalau kite ckp, kite suke awak..." Tak berani aku memandang matanya. Laksana kerdil, malu sungguh untukku bersemuka. Akhirnya, aku beranikan diri utk menatap matanya, lalu ku katakan bahawa aku tidak terkilan akan luahan itu kerana sudah ku agak terlebih dahulu. Namun, masih belum ku jawab soalannya tadi.

Diriku sungguh malu untuk mengatakan cintaku padanya. Hanya diari dan puisi yang menjadi saksi. Lalu ku ciptakan sebuah puisi untukknya. Bukan untuk tonjolkan kehebatanku bermadah tetapi hanya inilah jalannya untuk aku meluahkan apa yang tersimpan di sudut hati yang paling dalam dan ikhlas.

Pertemuan kita buat kali ketiga adalah paling bermakna bagiku. Kami memetik gambar bersama-sama di dalam bas. We took two shots. Dia kata petik gambar sekali lagi. Aku tanya kenapa kerana dua gambar sudah cukup. Jawapannya buatku tertawa. "Ambil 3 kali sebab Allah suka benda yang ganjil." Sungguh bernas jawapannya.

Gelisah merantai jiwaku apabila aku sedar duit mak yang ku letak dalam begku tercicir entah ke mana. Fikiranku bercelaru, apa yang hendakku katakan pada mak nanti. Takut dan risau melandaku sekali gus. Mujur ada dia di depanku, sedang mententeramkanku. Terima kasih ku ucapkan. Memang mak mengamuk bila dapat tahu aku hilang duitnya, tetapi sebentar saja. Alhamdulillah. Mulai peristiwa itu, hatiku semakin terpaut padanya.

Kami hanya sekadar teman walaupun hati kami lebih daripada itu. Kami fikir ia terlalu awal untuk dipertikaikan. Dan aku juga, tidak mahu terburu-buru untuk menjalinkan cinta. Ku kata padanya, aku tak kan keluar dengan lelaki lain selainnya dan 'adikku' dan ku tidak akan berkenal-kenalan dengan jejaka lain. Hatiku memang sudah setia padanya. Namun, hanya satu pekara yang ku khuatir. Dia selalu katakan bahawa dia tidak layak untukku. Dia tidak layak berganding denganku. Tapi aku, enggan menerima hakikat sebenarnya. Kerana ku cinta.

Dia luahkan hati sekali lagi, "percayalah..kite tak mainkan perasaan awak..". Ku pegang kata-kata itu. Ku pegang kejap lalu ku sematkan kukuh dalam wajah cintaku. Acapkali ku ingatkan dia, "jangan putus asa mencintai diri ini".

Tiba-tiba perubahan berlaku antara kami berdua. Bila telifon berdering waktu malam, hati ini sering berharap itulah dia yang memanggilku. Tetapi, hampa yang ku terima. Mak tanya kenapa perhubungan kita tiba-tiba terdiam, mengapa dia tak telifon lagi, mengapa sunyi saja. Aku beri alasan bahawa dia sibuk. Dari sudut hatiku, aku terhidu ada sesuatu yang tidak kena.

Jarang sekali, dia balas SMS ku dan ada keraguan yang tersembunyi di sebalik madahnya. Dia sering meminta maaf dariku. Ku tanya kenapa, dia tidak jawab. Katanya, rasa serba salah. Entah kenapa. Aku mula rasa gelisah tetapi ku simpan perasaan itu baik-baik dalam hati. Aku semakin takut padanya. Ku rasa diriku sebagai beban dalam hidupnya, ku rasa diriku sebagai gangguan dalam pelajarannya. Dan sebab itu, aku ragu-ragu hendak menegurnya bila dia online. Mungkin salahku dia berubah. Aku mencari-cari kesalahanku tetapi gagal...

Pada hari Sabtu lalu, aku bertemu dengannya buat kali keempat. Seperti biasa, dia dengan genda guraunya, sindirnya dan tak pernah gagal membuatku tersenyum walaupun tika itu aku sedikit baran padanya kerana datang lewat. Pandai dia sejukkan hatiku. Aku mengajaknya daftar ke kelas agama yang ku sering hadiri. Terang-terang, telah kukatakan, aku cinta padanya bukan kerana rupa, pangkat atau harta.. kerana agama dan dirinya yang seadanya. Aku menerimanya dengan hati terbuka.

Ku fikir dengan pertemuan yang keempat itu akan mengembalikan saat indah kami dahulu. Namun, salah firasatku. Terasa juga bila aku terbaca 'MSN nick' dia. Walau apapun, diri ini selalu berdoa agar kesudahannya adalah terbaik untuk kami berdua. Ku tuliskan madah untuknya lagi. Kali ini, aku tak mengharap apa-apa pun balasan darinya kecuali menghargai diriku walaupun sekadar sahabat.

Semalam dan hari ini, semua kegelisahanku, keraguanku dan pertanyaanku sudah pun terlerai akhirnya. Tak usah dia beri penjelasan lagi. Dengan lagu ciptaannya, Rindu Yang Pergi dan nukilannya sudah jelas menyahut segala bicara hatiku yang tidak menentu.

Tak perlu kau meminta maaf dariku. Tak perlu kau rasa serba salah. Tak perlu kau bersimpati padaku walaupun sekelumit. Biarkan aku bersendirian untuk seketika, menerungi yang telah lalu dan apa yang akan ku hadapi nanti. Bukanku kecewa, bukanku sengsara tetapi sudah takdirNya, tak bisa ku melawan mahupun menentang. Jangan menyuruhku cari pengganti, kerana dahulu ku fikir kau lah pengganti. Mustahil, pengganti itu akan sama sepertimu, yang sering meriangkan suasana. Mungkin aku cuma dapat menghirup suasana itu hanya separuh nafas, kerana separuhnya hanya tinggal kenangan.

Dahulu, pernah kau pinta gadis yang dapat menghulurkan tangan untuk membantu. Aku ingin membantu setakat apa yang ku mampu, tetapi mungkin aku bukan gadis itu. Kini, ku lepaskanmu dengan penuh rela jika itu akan membahagiakanmu. Bukan aku..

Sebelum aku mengakhiri coretan ku, inginku memohon maaf atas kesalahanku padamu. Ribuan terima kasih ku ucapkan. Terima kasih kerana telah beriku cinta, terima kasih kerana menghargai diri ini yang tak seberapa mana. Terima kasih atas kehadiranmu. =)


Untuk pengetahunmu, telah pun ku mula tulis sebuah novel, novel itu adalah kisah di dalam blog Kalimah Cinta..

Wassalam,
Rohani

No comments:

Post a Comment