Thursday, November 24, 2005

REMAJA KINI & KEESOKKAN HARI

Assalamualaikum...

Everyone!! See my other blog...http://spiritualgal.blogdrive.com okies?
Pls coment on the puisi REMAJA KINI & KEESOKKAN HARI

I already submit that puisi to Berita Harian/Berita Minggu... Really-really hope they will publish it on the suratkhabar one day. Kalau tak..tak pe..can try again =)

This is what I've e-mel:
Assalamualaikum wr wb.

Salam perkenalan dari saya, Siti Rohani bte Rasid. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca e-mel ini. Syabas kepada pihak Tuan/Puan kerana telah menghasilkan berita yang sungguh menarik dan updated. Saya gemar membacanya. Tujuan saya menghantar e-mel kepada puan/tuan adalah saya ingin sekali kongsi salah satu daripada karya saya kepada para pembaca Berita Harian/Berita Minggu. Saya sungguh berharap agar karya saya ini dapat dipamparkan dalam suratkhabar pada satu hari nanti.
Ini adalah karya yang saya ingin berkongsi bersama:

Remaja kini dan keesokkan hari..


Hati tergoda pada si cantik
Mata terpesona pada si tampan
Bila pandangan pertama sudah tertarik
Mulalah hendak berkenal-kenalan


Budi hati bukan hendak disediliki
Harta dan pangkat yang dipeduli
Bila maruah sudah dinodai
Baru sekarang hendak disesali


Berjalan berduaan, berpegang tangan
Berpeluk-pelukkan di khaylak ramai

Sudah terang-terang ia dilarangkan
Tapi sengaja bersentuh-sentuhan


Remaja terjerumus dalam gejala sosia
lAkal dipimpin emosi tidak rasional
Katakan rindu, tapi diamuk nafsu

Setelah berlaku, pura-pura tak tahu

Bisikkan syaitan kau dengar
Nasihat ibu, kau pekakkan telinga
Kerana nafsu sudah terluap-luap di dalam dada
Memanggilmu untuk mendekati si dia

Setelah puas dengan perbuatan
Perut membesar saban bulan
Kerana malu akan dihujan penghinaan

Buang bayi tanpa sifat perikemanusiaan

Ada pula mengugurkannya
Yang lain cepat-cepat dinikahkan
Bukan atas nama cinta tapi sekadar menutup malu

Bila pencerian berlaku, lidah pun jadi kelu

Bintik-bintik hitam menaburi bumi
Kes penceraian bertambah kian hari
Bayi bersepah di sana-sini
Sampai bila keadaan ini akan berhenti?

Marilah kita berganding bahu
Mengatasi masalah yang membelenggu
Sama-sama kita bersatu-padu
Mengelakkan perbuatan ini daripada berlaku
lagi..

Program bimbingan remaja dibangunkan
Membantu mereka yang keterlanjuran
Pintu masjid juga dibuka luas
Mengajak mereka menyertai program yang diadakan


Ibu bapa turut memainkan peranan
Memberi didikan seks kepada anak remaja
Jurang komunikasi harus dirapatkan
Membincangkan masalah peribadi secara terbuka


Berikanlah mereka kemaafan atas kesilapan
Janganlah diberi salah tanggapan
Bentangkanlah jalan keinsafan
Agar nama baik Melayu/Islam dapat dipertahankan

Saya menghasilkan karya ini sekadar nasihat dan saya meminta maaf jika ada yang tersinggung. Kalau sudi, sila melayari blog saya Hasil Ciptaanku di
http://spiritualgal.blogdrive.com . Di melaman ini terdapat banyak lagi puisi dan cerpen yang saya telah hasilkan sendiri. Saya adalah pelajar dari Sekolah Menengah Unity dan kini sedang mencari pekerjaan sementara menunggu keputusan peperiksaan peringkat O.
Harap maklum balas.
Sekali lagi terima kasih =)

Yang benar,
Siti Rohani
17 tahun


I think that puisi is the best one I ever created! And the lousy one I think is the Wahai Bulan, Mawar, Durian & Semut. I try to use alam semula jadi and binatang tapi...hmm..not that good. The Remaja Kini dan Keesokkan Hari I created it 22 Nov at nite coz I was bored to death..tapi tak siap..the next I continue. Amacam hasilnyer? Heheh..

Wslm,
Rohani

No comments:

Post a Comment