Assalamualaikum...
Kawan aku masuk suratkhabar hari ni. Namanyer Hizamy! My primary school friend..
Ekstra! : 31 Oktober 2005
TIGA REMAJA IMAM 'NIGHT OF POWER'
Oleh
Nurliza Mohd ShahPelajar Politeknik Ngee Ann
WALAUPUN mereka merupakan pelajar dari sekolah sekular, dua remaja membuktikan mereka mampu mengendalikan sesi qiamullail di Masjid Al-Khair dengan baik, Sabtu lalu.
Ini dilakukan sempena acara Cabaran Belia Ramadan, Night of Power.
Muhammad Hizamy Mohd Tarmizy, 17 tahun, pelajar Sekolah Menengah Teck Whye; dan Muhammad Asyraf Hasni, 15 tahun, pelajar Sekolah Menengah Kranji; tampil berganti-ganti memimpin remaja lain selaku imam.
Mereka yang merupakan pelajar kelas tahfiz di Masjid Al-Khair menjadi imam bersama Luqmanul Hakim Hadi Mulyona, 14 tahun, pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah.
Ini merupakan kali pertama ketiga-tiganya dipilih selaku imam bagi sesi qiamullail yang disertai lebih 50 belia.
Muhammad Hizamy, pelajar menengah lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' tidak lama lagi, cenderung dengan Al-Quran sejak usia tujuh tahun. (ewah....)
Bapanya, seorang bilal sambilan di Masjid Al-Khair, adalah guru hafalan pertamanya yang banyak memberi perangsang untuknya mendekati Al-Quran. (anak soleh sey..)
Bagi Muhammad Asyraf pula, dia tertarik apabila mendengar bacaan Al-Quran oleh Imam Sheik Ramadan dari Mesir sejak berusia lapan tahun lagi.
Pelajar kelas agama Andalus ini meluangkan masa tiga minggu sekali menghafal Al-Quran selepas solat maghrib dan subuh selama sejam dengan menggunakan pita audio Al-Quran.
Walupun sibuk dengan kegiatan Pasukan Kadet Polis Kebangsaan (NPCC), pemuda berpangkat Sarjan ini sempat meluangkan masa mengajar dua adiknya membaca dan menghafal Al-Quran di rumah.
Kini, anak sulung itu menghafal tiga juz Al-Quran, iaitu juz 1, 29 dan 30.
Menyentuh tentang cabaran menjadi seorang tahfiz muda yang menuntut di sekolah sekular, Muhammad Hizamy pula menambah: (main tambah-tambah ey..)
'Saya perlu pandai membahagikan masa menghafal Al-Quran dan mengulang kaji pelajaran di sekolah.'
Sementara itu, Luqmanul Hakim, yang mula mendekati Al-Quran sejak darjah satu dan menghafal empat juz Al-Quran pula berkata dia tidak berasa gementar kerana sering menjadi imam di rumah dan sekolah.
'Saya harap belia dapat mendekati Al-Quran kerana mereka tentunya akan berasa tenang sepanjang masa. Kalau ada masalah, ia dapat dihurai dengan secepat mungkin. Masalah yang berat pun menjadi ringan,' jelasnya.
Udah kembang lah Hizamy nih..hehehe..
Well dude, good luck for ur O's and ukhrawi.
I'm proud of u!!!
Wslm,
Rohani
No comments:
Post a Comment