Bila Didatangi Cinta
Aku ada satu cerita yang mengharukan dan melemahkan urat saraf aku . Ia adalah kisah cinta yang terjadi dalam hidup aku . Aku adalah salah sorang cikgu yang akan mengajar sains dalam bahasa inggeris (etems) tahun depan . untuk itu , aku dan 3 orang rakan guru dikehendaki mengikuti kursus 15 hari yang dilaksanakan berperingkat-peringkat dalam fasa 1 ni . kursus etems 5 hari di desaru merupakan kenangan yang tak dapat aku lupakan sampai bila2. Di sana , aku betul-betul glemer bila pembentangan kumpulan aku mencuri perhatian semua . semenjak hari tuaku dan sorang kenalan baru terkenal dengan nama galilieo danaristotle . dari mula kursus sampai kesesi micro-teaching aku dikenali dengan nama itu . ia tak habis di situ, dan sampai ke kursus 2 hari dipusat sk taman daya 3 aku masih dipanggil dengan gelaran itu .
namun apa yang aku nak ceritakan di sinibukan bende tu semua , tapi sewaktu kursus tu aku pulang dengan kenangan manis yang tak terlupakan .di sana , aku mengenali seorang cikgu yang sehingga ke hari ni membuatkan aku tak lena tidur kerananya . mungkin korang faham apa yang aku maksudkan . 2 hari aku'ayat' dia guna telefon hotel dan pada hari ke 3 aku berpeluang keluar dengan dia . niat aku ikhlas . aku memang nak berkawan dengan dia .aku mula jatuh cinta dengan dia sejak memandangnya kali pertama . malam ke 4 , aku berjumpa dengannya di belakang hotel . aku nak menyampaikan sesuatu padanya... bila melihat cincin di jarinya , aku jadi gelabah . aku inginkan kepastian darinya adakah dia dah bertunang .dia hanya menggelengkan kepala .lega rasanya . aku dan dia tercari-cari tempat selamat untuk berjumpa .
akhirnya di belakang hotel - dalam gelap . katanya dia orang tahu . aku tak kisah . tapi aku kantoi dengan cikgu sekolah aku sebab dia ternampak kami berdua-duaan dalam gelap . habis aku . aku nak membisikkan sesuatu kepadanya . aku tak tahu kenapa aku boleh jadi sebodoh itu . baru kenal beberapa hari aku dah pergi sejauh itu . aku memang tak sedar apa yang aku dah lakukan . dia menunjukkan respon yang baik . tapi malam tulidah aku betul-betul kelu . aku mengeluh kerana aku tiba-tiba boleh menjadi sebodoh itu kerana cinta .aku gagal menyatakan hasratku . akumenyatakan kepadanya yang aku tak mahu keadaan ini berlaku dengan begitu cepat . tetapi dia mengharapkan aku melunaskan segala-galanya dalam masa yang ada. aku tak mampu lakukannya . aku tak sanggup pergi sejauh itu walaupun aku betul-betul ikhlas menyintainya .
aku balik ke bilik dan menelefonnya semula . katanya , selepas tamat kursus , tamatlah segala-galanya . dia menyuruh aku menulis hasrat akupada sehelai kertas dan memberikan kepadanya pada keesokan harinya .katanya dia akan mempertimbangkannya . terasa macam ada harapan . aku tak lena tidur malam tu . lepas subuh , aku keluarkan sehelai kertas dan mencurahkan segala-galanya . tapi aku tak serahkan surat itu kepadanya. sebaliknya surat itu aku jadikan bekas abu rokok lalu melemparkannya ke tong sampah .mungkin itu adalah tempat yang paling layak untukknya . tapi aku tak mampu menghindarinya walaupun aku tak percaya cinta pandang pertama .aku bukan tak berani untuk meluahkan hasrat hati aku kepadanya tetapi sebahagian dari diri aku masih memikirkan perjalanan hidup aku yang masih jauh ini . sebelum pulang ke destinasi masing2 , aku sempat meminta alamat dan no telefonnya .
Keesokkanya harinya , aku menghubunginya , tapi dia takde .pada minggu berikutnya , aku menghantar 3 pucuk surat kepadanya . dalam surat tu aku mencurahkan segalanya . aku terus menanti kepastian darinya . tapi penantian aku tidak bermakna . aku berdepan dengan penantian yang penuh seksa .
Beberapa hari kemudian aku menghubunginya . mendengar penjelasannya aku rasa dunia ni gelap semua . dia memahami kekecewaan aku . dia menghargai cinta aku . penjelasannya membuatkan tiada tempat untuk aku menyimpan api kemarahan . malam tu, keluarganya mengadakan kenduri doa selamat . aku tanya untuk apa, katanya tak lama lagi dia nak bertunang . terdengar berita tu hatiaku pecah berderai . aku menangis tak berair mata . dia terangkansegala-galanya kepada aku . akutergamam .
dalam hati , aku tertanya kenapa dia tak beritahu aku sejak awal lagi . kenapa setelah aku mencurahkan segala-galanya baru dia nak berterus-terang . kenapa bila cinta aku semakin mendalam baru dianak jelaskan cerita sebenar . hatinya dah lama dimiliki . katanya , dia anggap aku macam kawan biasa . takde sebarang perasaan special yang dia rasa bila dia keluar dengan aku . dia tak pernah cuba memberi harapan kepada aku . aku terdiam . aku rasa lemah . aku tak berdaya untuk teruskan hidup bila mendengar penjelasannya . aku rasa macam dipermainkan . Kalaulah betul dia ni jenis yang setia , buat apa dia layan aku lebih-lebih sampaikan aku jadi gila dibuatnya . aku tak tahu sapa yang salah dalam hal ni . adakah aku bersalah kerana tidak bertanya atau adakah dia yang bersalah kerana mudah melayan . aku tak kisah kalau dia sekadar melayan aku sebagai seorang kawan .... tapi lebih dari itu...
Selepas menelefonnya , aku hubungi kawan-kawan aku . dalam ketawa aku menceritakan yang aku telah kehilangan seseorang yang baru aku temui . sungguh lucu . aku ketawa dalam menangis . ada member yang memahami , mereka menasihati aku ... katanya aku ni masih terlalu awal untuk kecewa .... katanya aku ada banyak masa lagi ... hidup aku masih jauh lagi .... kumpul duit banyak-banyak .... cari lain .... bunga bukan sekuntum .... biar aku carikan yang lain .... lama-lama kau lupa la katdia .... ingat tuhan .... berdoa ....tawakal aje le .... aku dulu lagi kecewa ... sabar ....... bangganya aku kerana mempunyai kawan-kawan yang mampu menenangkan aku .... Sebelum ni aku pernah jatuh cinta kepada seorang gadis . hampir 2tahun , baru la aku dapat melupakannya . kali ni aku tak tahu berapa lama . aku pun tak tahu ...kenapa setiap kali aku suka kepada mana-mana perempuan , mesti dah berpunya ... aku kecewa betul ...terasa macam dipermainkan oleh takdir .... entahlah ...
Aku hubungi kawan yang satu sekolah dengan bakal tunangnya untuk mendapatkan no telefon bakal tunangnya . aku terus call bakal tunangnya dan mengucapkan tahniahkepadanya . keesokkan harinya,bakal tunangnya menelefon aku . dia menjelaskan semuanya . dia tak kisah kalau aku nak terus berkawannya . tapi terserahlah kepada tuan yang punya badan untuk buat keputusan . aku dengar macam dia nak tunjuk lagak . dia slow talk ngan aku ... tapi ada beberapa ayat yang aku dengar macam nak bagi amaran . aku sikit pun tak gentar .Tiba-tiba aku rasa yang aku ni memang betul-betul dah kena main dengan perempuan tu ... semuanya bergantung pada niat ... kalau la betul dia memang nak kenakan aku ,aku hanya mampu berserah kepadaTuhan . Aku hanya mampu berdoa ...semoga Tuhan pulangkan balik apa yang diberi pada aku kalau la betul dia niat macam tu .... aku dah cukup sengsara ....
*cerita ini diambil dari sumber tertentu.
P/S : Aku sebagai seorang lelakiberharap agar jangan lah kitasebagai lelaki mudah sangat memaksacinta daripada seorang wanita...sebab cinta sejati itu perlu hadirdaripada kedua-dua
belah pihak.
Macam menarik crita ni, aku letak lah kat cini..hehe..
No comments:
Post a Comment