Assalamualaikum..
Amacam para pembaca? Shehat tak...? hehe
Aku baru balik dari skola. Ada Prelim O Level Oral tadi. Gementar sey! Im the third person to go. Aku baca confidently sebelum dipanggil baca oleh cikgu Nor dan Cikgu Kamaliah. Bila dipanggil, aku baca tersekat-sekat plak. Aisyeh!! Tapi not bad la. Then, perbualan time. Cikgu Nor tanya, "Telefon bimbit telah memudahkan hidup manusia. Bincangkan perbezaan antara dahulu kekita tiadanya telefon atau telefon bimbit dan pada zaman skrg dengan adanya telifon."
Aku jawab:
"Pada zaman dulu, kalau org nak bersalin kena pergi seluruh kampung untuk cari bidan. Ini perlukan masa yang agak lama. Tapi, kalau sekarang, kita hanya perlu mendialkan 995. Lepas tu, ambulan akan datang. Ini mempercepatkan persalinan. Tak payah susah-susah cari bidan kat kampung." Haha..merepek sey aku! Ada ke aku membuka jawapan aku dengan orang nak bersalin? Lol. Tapi cikgu angguk je.
"Dan..kita boleh menelifon teman-teman atau orang-orang di luar negeri dengan cepat daripada menulis surat yang mengambil masa yang agak lama untuk menghantar. Dengan adanya telifon, kita dapat menhubungi seseorang itu yang berada di luar negara dengan cepat dan amat memudahkan.."
Cikgu Nor..."Lagi??"
Aku:
"Lagi ey? Hmm.. Ah! Ada cerita MISSING yang saya tengok kat TV tentang budak nih hilang di daerah kampung. Kalau lah budak itu mempunyai telifon bimbit bersama, ayah atau ibu budak itu boleh menghubunginya dan menanya di mana dia berada supaya anak itu tidak akan hilang. Kalau budak itu ada telifon bimbit, kejadian ini mungkin tidak akan berlaku.."
Ni lagik merepek! Tak masuk akal sey...!
"Sekarang, dalam dunia siber, semua manusia memerlukan telifon bimbit. Ibu bapa boleh tahu di mana anak mereka berada dengan adanaya telifon bimbit supaya mereka tidak terlalu risau.."
Cikgu Nor: "Ada lagi?"
Aku:"Ar..tak da lah"
Cikgu Nor: I think she said like kegunaan telifon bimbit at work, awam and school. Aku tak ingat sangat soalah nyer..
Aku:
"Erm..Saya sebagai seorang pelajar, di sekolah ramai pelajar mempunyai telifon bimbit. Pelajar harus mematikan atau senyapkan telifon bimbit mereka ketika cikgu sedang mengajar kerana kalau mereka berbual atau sms bila cikgu sedang ajar, inilah salah satu sikap yang biadap terhadap cikgu itu. Kadang-kadang ada daripada mereka yang penyalah gunakan telifon bimbit sampai bil naik. Mereka sms tidak bertempat. Macam, Eh! Tengah buat apa? La... Saya rasa ini tidak mustahak"
"Bila bil meningkat, remaja terpaksa membayarnya dan ibu bapa pun harus juga. Ada kawan saya, memberitahu saya yang dia terpaksa menahan lapar untuk membiayai bil nya yang lebih dari $300. Baguslah.. Inilah pembalasan kerana tidak memikir dulu sebelum sms atau telifon"
Cikgu pun da ketawa berbahak-bahak.
"Dalam segi pekerjaan pula, kita harus juga mematikan telifon bimbit apabila berada di dalam mesyuarat supaya ia tidak mengganggu kita. Kalau tak, majikan atau bos akan marah kerana ini akan menggangu mesyuarat mereka. Kalau pun ada orang yang telifon tentang kecemasan, saya rasa mereka tentu akan telifon ofis sebab telifon bimbit sudah dimatikan"
"Kalau kat awam, penonton haruslah mematikan atau melenyapkan telifon bimbit mereka ketika menonton wayang di pawagam. Kalau tidak, penonton akan rasa marah sebab ini menganggu ketenteraman mereka ketika menonton. Maka, matilah telifon bimbit supaya tidak menganggu para penonton lain.."
Cikgu Nor: "Okay.. Saya berikan kamu tajuk dan tolong huraikan. Sama ada kamu setuju atau tidak.. Warga Singapura bersikap pentingkan diri."
Aku:
"Oh.. Saya rasa setuju sedikit saja tapi tidak setuju juga. Saya tidak setuju sebab Singapura sanggup menolong mangsa-mangsa di Tsunami. Warga Singapura sanggup menghulurkan bantuan tenaga dan kewangan untuk mangsa-mangsa itu. Mereka sanggup menolong untuk menceriakan dan membahagaikan kehidupan di sana"
"Ar..saya setuju kerana tidak ramai orang yang involve in kerja-kerja kebajikan. Hanya segelintir saya yang memasukinya. Lagi-lagi remaja yang suka membazirkan masa di pusat membeli-belah yang tidak berfaedah. Saya rasa lebih baik mereka meluangkan masa menolong atau membantu orang-orang yang susah dengan memasuki pusat-pusat kebajikan. Dengan ini, mereka akan dapat pahala juga dan meningkatkan amalan mereka"
"Saya tidak setuju juga kerana saya pernah memasuk kebajikan Pertapis Belia. Saya rasa sangat gembira dan bahagia apabila saya dapat membantu orang-orang yang susah ini. Tapi, saya satu ketika, ketika saya sedang memberi pamphlet kepada orang ramai tentang membantu orang tua dan memberikan wang jika hendak dengan menulis alamat mereka dan menghantarnya ke pusat tersebut. Apabila saya kasi kat satu kaum india ni, dia kata, "Go back to your own people!" Aduh...! Hati saya terguris rasanya. Kawan saya pun da marah lah. Tapi, apa yang sudah berlaku..sudahlah sebab kita buat kerja kebajikan dengan hati terbuka. (dlm fikiran aku: Ye lah tu..banyak punya tipu aku ni..). Kenapa dia sebagai kaum india tidak mahu menolong kita orang islam?!" Chey..aku da marah ni..haha
"Saya tak setuju bahawa Singapura memetingkan diri 80% dan yang lain saya setuju. Sebab..ar...sebab...kaum lelaki sanggup melalui perkhidmatan negara untuk mempertahankan negaranya dan tenteram. Saya rasa ini adalah pergorbanan yang bagus. Erm..mereka pun sanggup tolong mangsa-mangsa Tsunami. Bukan ini saja, luar negara..seperti Mercy Relief yang menolong orang-orang yang susah di negara-negara lain... K da.." Haha! Tak tau ape nak cakap lagik ler..
Cikgu komen:
"Okay..rohani. Pembacaan awak bagus tapi ada tersekat-sekat. Terlalu laju sangat hingga tersalah sebut perkataan itu. Perbualan awak tidak mengunakan bahasa baku yang turut-menurut. Kadang-kadang cakap bahasa baku, kadang-kadang tidak seperti "kiterorang" "kat..pat". Dan salah gunakan perkataan seperti "involve: menyertai, pamphlet: risalah" dan bukan di Tsunami tapi di dalam Tsunami. "
Aku: Alermak...ok
Pastu, aku beredar dari sane. Berkeringkat sey aku. Nervous sangat..bebual pun merepek! Mampui!
No comments:
Post a Comment