Sunday, March 06, 2005

Cerpen

Sebuah Penipuan

"Ah! Ayah selalu begitu! Ini tak boleh! Itu tak boleh! Semua yang adik buat, mesti ada yang tak kena!".

Langsung aku pekik sebelum menghentak pintu bilik dengan mampat lalu menguncinya. Kedengaran ketukkan kuat di pintu. Aku hanya pekakkan telinga.

Perasaan 'fed-up' selalu timbul apabila aku berhadapan dengan ayah. Bahkan, ada sekali itu tanganku ringan sahaja. Bila aku inginkan sesuatu, pasti mereka tidak akan memakbulkannya. Lain lah, kalau abang yang meminta. Dia selalu akan dapat apa yang diidamkannya. Mentelah lagi, dia tidak payah meminta izin untuk keluar dari rumah dan boleh pulang pada bila-bila masa sahaja tanpa halangan.

Aku pula terpaksa memerap di rumah. Aku tidak dibenarkan keluar tanpa alasan yang wajar dan akan dimarahi jika aku pulang lewat malam. Kata ibu, aku seorang gadis, tidak manis kalau aku merayau-rayau selepas senja. Ibu takut aku akan hilang kerana ibu rasa aku masih mentah walaupun umurku hampir menjejak 17 tahun. Aku tahu, itu hanya alasan ibu kerana abangku hanya setahun lebih daripadaku.

Hidupku seperti di dalam sangkar. Asyik dikongkong oleh ibu dan ayah. Aku ingin terbang bebas dan lakukan apa saja aku mahu tanpa halangan. Memang benar kata kawanku, hidup ini tiada keadilan. Ibu dan ayah hanya memilih kasih. Mereka lebih menyayangi abangku dariapada anak bongsunya. Maklumlah, aku ini lemah dalam bidang akademik.

Perasaan baran merajai jiwaku. Aku engkar. Mati-mati aku ingin bermalaman bersama teman-teman di 'chalet'. Aku bercadang untuk menipu orang tuaku.

"Nak pergi ke mana tu?" tanya ayah.

"Pergi rumah kawan, ada projek harus diselesaikan." jawabku.

"Balik cepat." katanya.

Aku mengangguk kepala lalu keluar dari rumah. Aku berasa lega kerana akhirnya aku dapat lepas dari halangannya.

Aku berjumpa dengan kawan-kawanku di chalet.

"Hey! Kawan kita datang lah. Ingatkan tadi kau tak kan datang. Maklumlah, anak kesayangan mak," usik Tina.

Aku memberitahu mereka apa yang telah berlaku. Mereka memuji atas keberanianku menipu ayah sendiri. Di chalet, kami bersuka-ria, bergelak ketawa, bermain bola sepak dan macam-macam lagi yang dapat menghilangkan tekaan dari peperiksaan kelak.

'Beep!Beep!' bunyian telifon bimbitku.

Ayahku menyuruhku pulang. Aku mempedulikannya lalu mematikan telifon bimbitku. Kami menghisap rokok sambil memimum minuman keras. Pada kami, ini adalah perkara lumrah masyarakat sekarang. Kalau remaja lain boleh buat, mengapa tidak kita? Malahan, ayahku sendiri menghisap rokok.

Sungguh seronok bermalam di chalet selama 3 hari bersama mereka. Namun, aku berasa kurang sedap hati kerana aku pasti akan ditampar oleh ayahku nanti.

Tidak jauh dari bangunan chalet itu, kami ternampak ramai orang sedang berkumpul di tengah jalan raya.

"Eh! Ada orang kena langgar lah. Mari kita tengok," ajak Izian.

Semakin kami menghampiri tempat itu, semakin hatiku rasa ada yang tidak kena, entah mengapa.

"Ayah!" jeritku.

Aku tidak percaya dengan mataku sendiri. Rupa-rupanya mangsa kemalangan motosikal itu adalah ayahku. Belum sempat aku hendak meminta maaf, dia telah hembuskan nafas terakhir. Aku memeluk tubuh badan ayahku yang sejuk dengan erat sambil tangisan air mata. Tidak aku sangka ini akan terjadi.

Aku berjumpa dengan ibuku di hospital.

"Kenapa Nak..kenapa kau buat kami begini? Kenapa kau tipu? Kami tidak dapat tidur kerana kami risau tentang kau. Ayah mencari kau selama tiga hari berturut-turut. Ibu berharap kamu berdua akan pulang. Tapi.." ibu berhenti lalu menangis teresak-esak.

Hati mana yang tidak akan remuk melihat keadaan ibu. Aku memeluknya lalu meminta maaf. Aku tahu, walaupun seribu kata kemaafan aku luahkan, ayah tidak akan hidup kembali dan walaupun selautan air mata aku tangisan, aku tidak akan dapat kasih sayang seorang ayah. Kini aku faham erti kasih sayang mereka tetapi sudah terlambat. Selama ini, aku hanya ikutkan emosi. Aku ingin menebus kesilapanku. Maafkanku ayah...

Hasil karya oleh: Siti Rohani Bte Rasid

Amacam? Okay tak babe? Haha..
Nak tgk penulisan aku yang lain.. sila click cini ye.. terima kaseh..

No comments:

Post a Comment