Wednesday, October 27, 2004

Finally..I can cook.. a simple dish..heheheh..

First of all..I want the readers to read this farnie malay joke...

``cerita ini tiada kene mengene pada yang hidup atau sudah mati````macam ni laaa``
Bapak : Siti, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Siti : Ya bapak, ada apa?
Bapak : Mai masuk dalam bilik pas tu tolong tutup semua tirai tingkap.
Siti : Apa?!! (isk bapak aku ni..lain macam jerr)
Bapak : Bapak kata.....
Siti : Ya bapak, Siti dengar... Cuma Siti tak percaya apa yang bapak kata ni.
Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap.
Siti pun dalam ragu-ragu tu..dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh.Sambil tu dok pikir gak laa..apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah takder sapa...tinggal diorang berdua jerr.
Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh heh...
Siti : Eh bapak, Siti kena keluar dari bilik ni. Jap lagi mak balik...abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!! Jangan bagi bapak berkasar.
Siti pun terpaksa la duduk jugak...hati dia takleh akaplaa...berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.
Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh.. mai masuk dalam selimut bapak plak.
Siti : Apa?!!
Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
Siti : Bapak... Siti takut laaa. (nak nangis)
Bapak : Siti, tengok ni!!!
Siti tak sanggup nak tengok...dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Siti teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit-sikit. Dia pun nampak laaaa.....
Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.
hahahaha, ape yang korang pkkan tu...........

Khakhakaha! Kelakar rabakz sey. Bapak nyer plak karutz... Aku dpt joke ni daripada Bulletinboard kat friendster..Rey kasi. lol..tak bleh tahan sey! So how? Did it brighten up ur day? hehe..

Aku tak puasa niari..maklumlah..perempuan. Maaf ye. Tadi aku masak spaghetti dan garlic bread. Aku dapat ilham ni dari Rey. Blajar lah cikit-cikit dari chef tu..haha! Yesh!!! Finally, i know how to cook spaghetti. Dulu, aku try masak tapi kuahnyer cair..masam pulak tu. I really dunno how to cook.

Balik sekolah tadi, aku gi pasar beli daging mak aku kirimkan. Tapi..aku beli salah. Mak aku kirim paru-paru yang siap nyer tapi aku beli yang dah mentah. Biler balik je, mak aku bising. Terpaksa lah aku patah balik ke Yew Tee wet market tukarkan paru-paru tu. Aku lang penjual, pakcik tu, mak dah bising bab beli salah daging. Dier pun ketawa. Heheh..aku ni, dah anak dara, blom jinak-jinak beli bahan-bahan kat pasar katakan..*malu*

During english lesson kat sekolah tadi, group aku semangat nah! Tak pernah kiter camtu. Selalu, semuanya lesu..tak berdaya nak anticerpate dalam kelas. Tapi, hari ni..lain plak ceritanya. Kiter shout out the answers. Semangat Kental!! Maths lesson, aku duduk sebelah Uncle Wee Liat as usual. Kalau bebual ngan dier, tak kering gusi nyer! Asyik ketawa tak sudah..

Bio lesson, aku ngan sumita tak de semangat nak buat assignment in class. Yg lain semua, rajin giler.. Time humanities lesson plak, cikgu show vedio about COLD WAR. Aku tengok for 15mins..yang 45mins tu..aku tertido nyenyak dalam kelas. Mrs Ong kejutkan aku tapi aku pi tido balik.. haha.. Tengok cerita berperang ... aku shiok je membuai mimpi..

Malay lesson kena buat dialog in groups tentang "Sepasang Kekasih Yang Sedang Bercinta.." Fuhyoo! Asal plak cikgu kasi tajuk menjiwang nah.. Shazwana suruh aku contribute tapi aku cakap aku malas..tak de ape-ape nak fikirkan. Then, dier buat homework semalam coz incomplete. Aku tarik paper tu lalu lankaran dialog sebab time tu, aku baru dapat idea. Biler Shazwana dah siap homework dier je, dier dah naik angin. Member yang lain, Adi dan Harith tanyer dier kenape dier berperangai camtu. Tapi dier tak jawab. Biler aku tanyer dier what to do next for the dialog, dia marah..she said she dunno anything at all.

Aku teka Shazwana marah kat aku. Dah nampak sah. Aku biarkan je.. Aku ngan members lain continue with our work..dan inilah hasil nyer.. Jiwang Story:

Watak: Fadhli
Khatijah
Waktu: 3 petang
Tempat: Tepi Pantai

Selepas makan tengahari, Fadhli dan Khatijah bercadang untuk bersantai di tepi pantai sambil menenangkan fikiran. Tambahan pula, laut yang tenang dan dingin bertiupan menjadikan suasana sesuai untuk pasangan kekasih berborak-borak.
Fadhli: Sudah lama kita tidak bersantai di sini.
Khatijah: Ya, betul juga cakap abang. Tempat inilah yang penuh bermakna bagi kita berdua.
Abang masih ingat lagi tak?
Fadhli: Tentulah. Di sini kita berkenalan buat pertama kali
(sambil melarikkan sebuah senyuman)
Khatijah: Kita bukan sahaja berkenalan, bahkan juga bercinta.
Fadhli: Baik dahulu mahupun sekarang, Ijah tetap kelihatan sungguh anggun. Sebab itulah
abang sayang pada Ijah sampai sekarang.
Khatijah: Abang ni..ada-ada saja. Entah betul entah tidak pujian abang itu.
Fadhli: Betul. Daripada abang kehilangan Ijah, lebih baik abang membunuh diri. Abang sanggup
mengorbankan nyawa untukmu sayang.
Khatijah: Ye lah tu. Ijah percaya kata-kata abang.
Fadhli: Semakin hari, rindu semakin berpaut terhadapmu.
Khatijah: Ijah pun begitu juga. Insyallah kita akan bersama hingga ke hujung hayat.
Fadhli: Yok, mari kita beredar.
Mereka pun pergi dari situ sambil berpimpin tangan dengan kemesraan.
Feeweet.. amacam babe? heheheh...jiwang giler eh kumpulan aku. Asal main tulis je. Adi banyak contribute. Si Harith pulak banyak berceloteh...hehe...tak guna nyer member. Shazwana..masih marah..entah kenapa pun aku tak tau. Mungkin sal aku tak? Hmmx..
Okey dokey! Ni lah coretan hidupan aku hari ni... =) chow ching chow!

No comments:

Post a Comment